Kes kecurian kedai emas di Johor Bahru, suspek direman empat hari

Foto Fail

JOHOR BAHRU, 7 Februari– Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis bersama beberapa barangan rampasan, termasuk barang kemas bernilai lebih RM158,000, yang disyaki dicuri dari sebuah kedai emas di salah sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek direman empat hari untuk membantu siasatan.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
  • Juga disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut kira-kira pukul 5.00 petang.

Menurut beliau, suspek direman selama empat hari sehingga 10 Februari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.