Benzema ledak hatrik, Al-Hilal kukuhkan kedudukan teratas

FOTO REUTERS

NAJRAN, 6 Februari – Karim Benzema meledak hatrik pada penampilan sulungnya bersama Al-Hilal apabila pendahulu Liga Pro Saudi itu membelasah Al Akhdoud 6-0, sekali gus melebarkan jurang pendahuluan kepada tiga mata di puncak liga, pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Benzema tambah jaringan dan satu umpanan, kini 11 gol musim ini selepas perpindahan mengejut Januari.
  • Al-Hilal kekal tanpa kalah dan dipacu gol daripada Malcom serta Salem Al-Dawsari.
  • Al-Akhdoud terus bergelut di zon penyingkiran dengan hanya dua kemenangan musim ini.

Penyerang berusia 38 tahun dari Perancis itu turut mencatat satu umpanan gol, sekali gus menjadikan jumlah jaringannya musim ini kepada 11 gol, selepas perpindahan mengejut dari Al-Ittihad pada jendela perpindahan Januari lalu.

Al-Hilal, yang bersaing sengit dengan Al-Nassr diketuai Cristiano Ronaldo dalam perebutan kejuaraan, kekal tanpa kalah dalam saingan liga musim ini.

Selain Benzema, Malcom serta Salem Al-Dawsari yang menjaringkan dua gol turut mencatat nama sebagai penjaring untuk pasukan kendalian Simone Inzaghi.

Al Akhdoud kini bergelut di zon penyingkiran selepas hanya mengumpul 10 mata dan mencatat dua kemenangan sepanjang kempen.

Sementara itu, Al-Nassr dijadual menentang juara bertahan, Al-Ittihad, Jumaat ini dalam usaha merapatkan jurang mata dengan Al-Hilal kepada satu mata.

Cristiano Ronaldo masih belum memenangi kejuaraan liga sejak beraksi di Arab Saudi dan dilaporkan tidak berpuas hati dengan sokongan yang diberikan kepada pasukannya oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.-REUTERS