Pertumbuhan ekonomi jana masa depan lebih cerah untuk rakyat

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari – Pertumbuhan ekonomi bermakna jika ia membuka peluang kepada pendidikan, pekerjaan, dan meningkatkan mobiliti sosial yang menjamin masa depan lebih cerah untuk rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertumbuhan ekonomi bermakna apabila membuka peluang pendidikan, pekerjaan dan mobiliti sosial untuk masa depan lebih cerah.
  • Reformasi ekonomi dinilai melalui impak nyata: lebih peluang, kurang keciciran dan pengangkatan maruah rakyat.
  • Kerajaan fokus reformasi pendidikan dengan peruntukan besar untuk fleksibiliti, pembelajaran sepanjang hayat dan pengiktirafan bakat.
  • Strategi ekonomi menggabungkan disiplin makroekonomi dan sokongan disasarkan untuk melindungi kuasa beli rakyat.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Reformasi ekonomi mendapat pengiktirafan bukan apabila ia terlihat gah atas kertas tetapi apabila ia membuka lebih banyak peluang, mengurangkan keciciran dan mengangkat maruah setiap rakyat,” katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2026 di sini.

Tambah beliau, kemajuan ekonomi negara turut perlu memberi kesan terhadap kehidupan rakyat yang lebih baik.

Perdana Menteri berkata tekanan kos sara hidup menjadi isu nyata yang sedang dihadapi rakyat setiap hari.

“Justeru, strategi ekonomi kerajaan menggabungkan disiplin makroekonomi dengan sokongan yang disasarkan bagi melindungi kuasa beli, sekali gus meningkatkan taraf hidup sebenar,” katanya.

Selain reformasi ekonomi, kerajaan turut memberi fokus agenda reformasi pendidikan dengan peruntukan lebih RM84 bilion dalam Belanjawan 2026.

Ia bertujuan menggalakkan fleksibiliti, mobiliti, pembelajaran sepanjang hayat dan pengiktirafan bakat di setiap peringkat.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan