Snoop Dogg curi tumpuan pada hari ke-59 larian obor Olimpik Musim Sejuk

FOTO REUTERS

MONZA, 5 Februari – Pemuzik terkenal Amerika Syarikat, Snoop Dogg menjadi tumpuan utama pada hari ke-59 larian obor Olimpik Musim Sejuk yang berlangsung pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Snoop Dogg jadi tumpuan pada hari ke-59 larian obor Olimpik Musim Sejuk di Monza.
  • Beliau, Jurulatih Kehormat Team USA, membawa obor untuk sebahagian laluan sebelum menyerahkannya.
  • Snoop turut muncul sebagai juri tidak rasmi, memberi isyarat markah sempurna kepada Ilia Malinin.

Larian obor itu bermula di Gallarate sebelum melalui beberapa bandar termasuk Busto Arsizio, Castellanza, Legnano, Saronno, Seveso, Desio, Nova Milanese, Muggiò dan Lissone, sebelum tiba di Monza.

Snoop Dogg, yang dilantik sebagai Jurulatih Kehormat pertama Team USA pada Disember lalu, membawa obor Olimpik bagi sebahagian laluan sebelum menyerahkannya kepada peserta lain dalam larian berkenaan.

Terdahulu, pada Selasa, bintang hip-hop berusia 54 tahun itu turut mencuri perhatian apabila bertindak sebagai panel juri tidak rasmi ketika atlet luncur ais Amerika Syarikat, Ilia Malinin mempamerkan aksi latihan dengan lompatan bertenaga dan backflip ikonik di arena luncur ais Milan.

Menyaksikan dari tepi gelanggang, Snoop Dogg mengangkat kedua-dua tangan sebagai isyarat markah sempurna selepas sesi latihan Malinin.

Sukan Olimpik Musim Sejuk dijadual membuka tirai dengan majlis pembukaan di Stadium San Siro, Milan pada 6 Februari dan akan berlangsung sehingga 23 Februari.-REUTERS

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan