Tekanan AS: Mexico dijangka henti bekalan minyak ke Cuba

FOTO REUTERS

CUBA, 3 Februari – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin memaklumkan bahawa Mexico akan menghentikan penghantaran minyak ke Cuba ketika beliau meningkatkan kempen tekanan terhadap negara Caribbean itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mengumumkan Mexico dijangka hentikan bekalan minyak ke Cuba sebagai sebahagian tekanan AS.
  • Pihak berkuasa Mexico belum memberi sebarang respons terhadap kenyataan Trump.
  • Cuba bergantung pada import bahan api untuk elektrik, petrol, dan bahan api penerbangan.
  • Sekatan AS dan krisis ekonomi telah menyukarkan Cuba memperoleh bahan api mencukupi.

Trump berkata demikian kepada wartawan di Pejabat Oval, White House, namun tidak menjelaskan sebab di sebalik keyakinannya terhadap perkara tersebut.

Pihak berkuasa Mexico pula tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap perkara itu.

Mexico merupakan pembekal minyak terbesar kepada Cuba, yang sering berdepan kekurangan tenaga dan gangguan bekalan elektrik berskala besar.

Cuba sangat bergantung kepada import bahan api bertapis bagi memenuhi keperluan penjanaan elektrik, petrol dan bahan api penerbangan.

Sekatan AS serta krisis ekonomi yang berpanjangan telah menghalang kerajaan negara itu daripada membeli bahan api yang mencukupi selama bertahun-tahun, sekali gus memaksanya bergantung kepada sekumpulan kecil negara sekutu. -REUTERS

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan