Trump gesa Iran runding senjata nuklear, amaran serangan dahsyat

 Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (AFP)

WASHINGTON, 29 Januari – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa Iran untuk segera hadir ke meja rundingan dan mencapai persetujuan mengenai senjata nuklear, atau memberi amaran AS akan melancarkan serangan yang lebih dahsyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump gesa Iran hadir segera ke meja rundingan untuk capai perjanjian tanpa senjata nuklear.
  • Dia mahukan perjanjian yang adil dan saksama memberi manfaat kepada semua pihak.
  • Trump memberi amaran bahawa masa semakin suntuk dan situasi amat kritikal.
  • Amaran terakhirnya sebelum ini diikuti oleh tindakan ketenteraan, menekankan ancaman serangan dahsyat.

“Semoga Iran akan segera datang ke meja rundingan dan berunding untuk mencapai perjanjian yang adil dan saksama, tanpa senjata nuklear, yang memberi manfaat kepada semua pihak.

“Masa semakin suntuk, ia amat kritikal!” tulis Trump dalam satu hantaran di media sosial.

Presiden Republikan yang menarik diri daripada perjanjian nuklear pelbagai negara dengan Tehran pada 2015 sewaktu penggal pertamanya di White House, menekankan bahawa amaran terakhirnya kepada Iran sebelum ini diikuti dengan serangan ketenteraan.-REUTERS