
KUALA LUMPUR, 16 Januari – Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai kaitan dengan rasuah, digantung sementara menunggu pematuhan penuh terhadap prosedur perolehan.
- Semua keputusan perolehan ATM dan PDRM yang melibatkan rasuah digantung sementara.
- Kementerian berkaitan akan meneliti dan menyusun semula keseluruhan proses perolehan.
- Kerajaan menunggu laporan untuk mengenal pasti kelompangan atau kelemahan sistem perolehan.
- Tujuan susunan semula adalah memastikan ketelusan dan pematuhan penuh prosedur perolehan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menerusi kementerian berkaitan akan meneliti dan menyusun semula keseluruhan proses perolehan bagi memastikan ketelusan dalam sistem sedia ada.
Jelasnya lagi, kerajaan mengambil serius isu tersebut dan sedang menunggu laporan mengenai sebarang kelompangan atau kelemahan dalam sistem perolehan semasa.
Usaha itu bagi membolehkan pihak terlibat dapat menilai dan menyusun semula prosedur dalam sistem perolehan bagi memastikan pematuhan dilaksanakan sepenuhnya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini hari ini.