
JAKARTA, 13 Januari – Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia yang baharu, John Herdman tekad untuk memastikan pasukan Merah Putih layak ke Piala Dunia 2030.
- John Herdman tekad bawa Indonesia layak ke Piala Dunia 2030.
- Herdman nyatakan Indonesia sudah bersedia dan tiada alasan lagi.
- Persatuan melihat pelantikan sebagai permulaan era baharu bola sepak Indonesia.
- Herdman mempunyai rekod membawa Kanada ke Piala Dunia dan kejayaan antarabangsa lain.
Kenyakinan tersebut dinyatakan pada sidang media pertama beliau di ibu negara.
Jelas Herdman, Indonesia kini telah bersedia dan tiada lagi alasan bagi mencapai sasaran tersebut.
Bekas Jurulatih Kanada itu juga percaya sasaran layak ke piala dunia merupakan projek yang menarik dan ia tidak mustahil untuk dilaksanakan.
Herdman dilantik sebagai jurulatih kebangsaan bagi menggantikan bintang Barcelona dan Belanda, Patrick Kluivert.
Kali terakhir Jakarta layak ke piala dunia pada 1938, ketika di bawah pemerintahan Belanda.
Persatuan bola sepak Indonesia menyifatkan pelantikan Herdman sebagai ‘permulaan era baharu’ bola sepak negara republik tersebut.
Herdman sebelum ini berjaya membimbing pasukan lelaki Kanada ke Piala Dunia 2022, penampilan pertama skuad itu dalam tempoh 36 tahun.
Beliau juga berjaya membawa pasukan wanita Kanada ke suku akhir Piala Dunia 2015, yang dihoskan oleh negara itu.-AFP