BELANJAWAN 2026: Undang-undang dan Institusi diperkasa – tingkat akses keadilan

KUALA LUMPUR, 12 Oktober – Belanjawan 2026 membuktikan kerajaan MADANI komited memperkasa institusi undang-undang agar terus dipercayai dan dihormati.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menubuhkan Mahkamah Bergerak Khas Kanak-Kanak untuk memperluas akses keadilan dan perlindungan kanak-kanak.
  • Memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti dan ketelusan proses perundangan.
  • Kenaikan gaji hakim sehingga 30% untuk menjaga integriti badan kehakiman dan keyakinan awam.

Selaras dengan tekad Kerajaan MADANI untuk memastikan akses kepada keadilan untuk semua, beberapa inisiatif penting diperuntukkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).

Antaranya adalah penubuhan Mahkamah Bergerak Khas Kanak-Kanak, melaksanakan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dan kenaikan gaji hakim sehingga 30 peratus demi menjaga integriti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pemerkasaan institusi undang-undang bukan hanya tertumpu kepada usaha memperkukuh keadilan sosial, namun asas penting kepada keyakinan pelabur dan kestabilan ekonomi.

“Belanjawan MADANI 2026 membuktikan bahawa reformasi undang-undang bukan bersifat elitis, tetapi menyentuh kehidupan setiap rakyat daripada perlindungan kanak-kanak sehingga aspek pendigitalan keadilan, bertepatan dengan falsafah Malaysia MADANI yang berteraskan nilai Amanah, Daya Cipta, Hormat, Ihsan dan Kesejahteraan dan sebagai panduan dalam pelaksanaan dasar undang-undang negara”, katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Azalina berkata, beliau menghargai kepercayaan yang diberikan dan akan memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan sebaiknya bagi mencapai matlamat organisasi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.