Kereta musnah terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

MIRI, 1 Julai- Sebuah kereta yang dinaiki tiga individu musnah terbakar di Jambatan Bekenu, Batu Niah, di sini petang semalam, namun ia tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.18 malam.

“Pasukan bomba yang diketuai oleh Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jeffery Majin tiba di lokasi pada pukul 7.54 dan segera menjalankan kerja pemadaman api.

“Kenderaan yang dipandu mangsa terbakar secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan dari Batu Niah menuju ke Bekenu,” kata Jeffery Majin.

Tiga individu tersebut iaitu dua lelaki dan seorang wanita dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.