Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 11.15 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia melaporkan gempa berlaku pada kedalaman 78 kilometer.
  • Koordinat pusat gempa dicatat pada 6.0 darjah Selatan dan 102.4 darjah Timur.
  • Pusat gempa terletak kira-kira 239 kilometer barat daya Pagar Alam, Indonesia.
  • Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu, menurut METMalaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 78 kilometer dengan koordinat 6.0 darjah Selatan dan 102.4 darjah Timur.

Gempa itu berpusat kira-kira 239 kilometer barat daya dari Pagar Alam, Indonesia.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan, menurut METMalaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.