Polis kesan empat lelaki disyaki pecah masuk rumah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki memecah masuk sebuah rumah seorang wanita di Sungai Buloh, Selangor, yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM35,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
  • Siasatan awal mendapati kehilangan barang kemas dan beberapa dokumen penting, rumah dilaporkan berselerak.
  • Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit hari ini dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan empat lelaki bertopeng yang mengakibatkan kerugian barangan kemas dan kehilangan beberapa dokumen penting,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Shamie Yusop melalui talian 013-6463069 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh 03-61561222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video melalui media sosial memaparkan keadaan rumah seorang wanita berselerak selepas dipercayai dipecah masuk, dengan wang tunai, telefon bimbit, barang kemas serta pasport didakwa hilang.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.