British Columbia isytihar darurat, lebih 20,000 penduduk dipindahkan

Foto Reuters

SUMMERLAND, 9 Ogos – Kebakaran hutan Bald Range mencetuskan pemindahan terbesar di British Columbia pada musim panas ini, membabitkan lebih 20,000 penduduk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri mengisytiharkan darurat selepas kebakaran merebak pantas dan saiznya hampir dua kali ganda semalaman.
  • Pegawai bomba menggambarkan kebakaran seperti "sebutir bom meletup" dengan pokok terbakar setinggi 100 kaki dan nyalaan 200 kaki.
  • Anggota bomba dari Mexico, Australia, Perancis dan New Zealand turut membantu operasi pemadaman.
  • Cuaca panas dan kering memburukkan lagi kebakaran; kira-kira empat juta hektar kawasan musnah di seluruh Kanada tahun ini.

Wilayah barat Kanada itu mengisytiharkan darurat pada Sabtu selepas kebakaran berkenaan merebak pantas dengan saiznya meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh semalaman.

Premier British Columbia, David Eby berkata seorang pegawai bomba menyifatkan kebakaran itu seperti “sebutir bom meletup” berikutan intensiti api yang sangat tinggi.

“Beliau menggambarkan api membakar pokok setinggi 100 kaki, dengan nyalaan menjulang 200 kaki lagi di atasnya,” katanya.

Anggota bomba dari Mexico, Australia, Perancis dan New Zealand turut membantu operasi memadam kebakaran.

Beberapa wilayah Kanada termasuk Ontario dan Quebec turut merekodkan kes kebakaran hutan tahun ini susulan cuaca panas dan kering yang memburukkan lagi kebakaran di kawasan berhutan tebal.

Menurut Pusat Kebakaran Hutan Antara Agensi Kanada, kira-kira empat juta hektar kawasan telah musnah akibat kebakaran hutan di Kanada tahun ini. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.