fb fb fb fb fb

Zii Jia tiada masalah ke pusingan kedua

TOKYO, 22 Ogos- Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia turut memulakan kempen di Kejuaraan Dunia dengan langkah kanan.

Pemain ranking kelima dunia itu layak ke pusingan kedua selepas menang mudah ke atas pemain Perancis, Brice Leverdez 21-9 dan 21-13 dalam pertarungan berlangsung 39 minit di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Jii Zia sebelum ini menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 bagi memberi fokus kepada kejuaraan dunia.


(Lee Jii Zia/BERNAMA)

Pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi penuh bertenaga ketika menundukkan lawannya di ranking ke-40 dunia itu dengan mudah 21-9 di set pertama.

Zii Jia kemudian terus mendominasi set kedua dengan kemas dan meskipun cuba diberi tentangan oleh Leverdez, namun ia masih belum cukup untuk menghalang pemain kelahiran Kedah itu untuk menutup permainan dengan kejayaan 21-13.

Selepas ini, dia dijadual berdepan pemain dari Portugal, Bernardo Atilano di pusingan kedua.

Media Baharu