fb fb fb fb fb

Zii Jia lepasi pusingan pertama BAC 2024

Foto FB BAM

KUALA LUMPUR, 10 April- Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.

Juara BAC 2022 itu bermula dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan wakil India Priyanshu Rajawat 21-9, 21-13 untuk mara ke pusingan kedua kejohanan berlangsung di Ningbo Olympic Sports Center Gymnasium.

Pemain profesional negara selaku pilihan kelapan kejohanan itu dijadual berdepan Chou Tien Chen dari Taiwan yang mendapat laluan mudah apabila wakil tuan rumah Weng Hong Yang menarik diri selepas tewas 16-21 di set pertama.

Pertemuan kali kesembilan dengan pemain di ranking ke-15 dunia itu menyaksikan Zii Jia hanya menang tiga daripada lapan pertembungan terdahulu.

Zii Jia pernah muncul juara BAC 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina menewaskan Jonatan Christie dari Indonesia 21-17, 23-21 di pentas final.

Sementara itu beregu wanita profesional negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien pula terpaksa pulang awal apabila ditewaskan gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 11-21 dan 10-21.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM