fb fb fb fb fb

Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mara di Terbuka Indonesia

FOTO BAM

JAKARTA, 18 Jun- Kemaraan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia tersekat di peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia di Jakarta hari ini.

Pemain ranking keenam dunia itu dihalang oleh pemain nombor satu dunia, Victor Axelsen dari Denmark.

Permainan yang ditentukan sehingga set ketiga itu berjaya dimenangi oleh Axelsen dalam tempoh 70 minit.

Zii Jia berjaya menang di set pertama dengan 21-19 namun tewas di set kedua, 11-21.


(FOTO BAM)

Di set ketiga, kedua-dua pemain saling mengejar namun Axelsen berjaya menamatkan permainan untuk menang 23-21.

Di final, Axelsen akan menentang pemenang antara Zhao Jun Peng dari China atau Prannoy H.S dari India.

Satu lagi wakil negara di separuh akhir, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga tewas kepada pasangan dari China 18-21,13- 21.

Skuad negara seterusnya bakal mempersiapkan diri untuk kejohanan Perodua Masters Malaysia 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jun ini.

Kejohanan berlangsung selama lima hari itu turut menawarkan pengalaman kepada peminat sukan badminton tanah air untuk menyaksikannya.

 

Media Baharu