fb fb fb fb fb

Bayern Munich setuju tanda tangan Sadio Mane

BERLIN, 18 Jun- Bayern Munich bersetuju dengan syarat diberikan Liverpool untuk menandatangani Sadio Mane.

Kelab terkemuka Jerman itu dilaporkan sedia membayar £35 juta pound nilai perpindahan penyerang Senegal itu yang berbaki setahun kontrak dengan The Reds.

Mane dijangka menandatangani kontrak tiga tahun dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan minggu depan.

Dia akan meninggalkan Anfield selepas 269 penampilan dengan 120 jaringan dalam semua perlawanan sekali gus membantu Liverpool menjulang gelaran Liga Juara-Juara pada 2019 dan Liga Perdana Inggeris pada musim berikutnya.

Mane, menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk bagi jendela perpindahan musim ini, selepas Ryan Gravenberch dan Noussair Mazraoui dari Ajax.

Terdahulu, Sadio Mane menyarung jersi Liverpool sejak 2016 dengan nilai perpindahan sebanyak £34 juta pound dari kelab Southampton.

Ketajaman penyudah beliau berjaya membantu Liverpool menjulang beberapa piala pada musim lalu.- AFP

(Foto Twitter)

Media Baharu