fb fb fb fb fb

Art Of Speed Malaysia kembali, raikan acara tahunan ke-10

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Acara tempatan Malaysia, Art Of Speed Malaysia (AOSM) kembali dengan acara tahunannya ke-10 selepas dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19.

Pelbagai acara akan disajikan kepada pengungung seperti motosikal kustom, kenderaan radikal, pameran restorasi dan budaya kustom yang mampu meningkatkan sektot pelancongan domestik.

Pengarah AOSM, Asep Ahmad Iskandar berkata program itu juga disokong Tourism Malaysia dibawah kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui pelan Pemulihan Pelancongan 2022.

"Kami akan kumpulkan kesemua peminat kereta motosikal, muzik dan fesyen ke MAEPS, Serdang daripada seluruh Malaysia,

"Bahkan ada juga jemputan daripada negara luar seperti Amerika Syarikat, Jepun malah negara jiran, Singapura," katanya kepada pemberita di ibu negara.

(Pengarah AOSM, Asep Ahmad Iskandar)

AOSM kali ke-10 merangkumi acara Invitational Bike Build 2022 akan menyaksikan 7 pembina khas bersaing merebut wang tunai RM10,000 ringgit bagi pilihan juri dan RM5,000 pilihan awam.

Kemeriahan turut diwarnai dengan Jelajah Hot Wheels Legends dengan pameran hebat menampilkan Monster Truck Bone Shaker bersain sebenar di tapak AOS.

Bukan itu sahaja, ia bakal menampilkan paparan kolektif kenderaan terpilih seluruh Malaysia dengan nama Garage Life.

Art Of Speed Malaysia bakal bermula pada 2 sehingga 3 Julai depan di Maeps, Serdang.

Media Baharu