fb fb fb fb fb

NSL 2022: Selangor Angles menang tipis ke atas Pahang Tulips

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Pasukan Selangor Angels meraih kemenangan tipis keatas Pahang Tulips, 59-50 dalam Saingan Liga Bola Jaring (NSL) 2022.

Pemain Selangor Angles, Siti Aminah Ahmad menjadi watak utama dalam kemenangan tersebut di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pemain berusia 28 tahun itu menjadi penjaring utama Selangor Angels selain mencuri tumpuan ramai melalui prestasinya yang sangat memukau sepanjang musim ini.

Ketenangan dan ketepatan balingan jarak jauhnya seperti menggambarkan dia layak mendapat panggilan dalam skuad kebangsaan selepas ini.

(Aksi  Selangor Angels bertemu Pahang Tulips di Stadium Juara, Bukit Kiara)

Gandingan mantap Selangor Angels, Karishma S. Loganathan yang merupakan anggota skuad kebangsaan, juga menjadi kunci kecemerlangan skuad bimbingan Azizah Abu itu.

Kemenangan itu membolehkan Selangor Angels mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dengan 15 mata, tiga mata mengatasi Pahang Tulips di tangga keempat.

Media Baharu