fb fb fb fb fb

Zahid mahu e-sukan diperkasakan

Facebook harimaumalayadotcom

ISKANDAR PUTERI, 3 November-Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar lebih banyak negeri mengikuti langkah kerajaan Sarawak yang membina stadium khusus buat e-sukan.

Ini kerana Kerajaan Sarawak telah memperkasakan industri e-sukan di negeri berkenaan dalam program TVET di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

"Di samping itu mereka (Sarawak) sedang membina stadium yang khusus untuk e-sukan ini dan saya fikir Johor tercabar kerana Sarawak telah memulakan dan saya harap Johor akan mengikutinya.

" Saya merasakan bahawa sukan ini harus digalakkan banyak lagi ianya bukan hanya di gelanggang tertutup tetapi di masa hadapan pembuat kandungan (Content Creator) akan memberikan keberhasilan yang banyak dalam industri ini", katanya demikian pada Kejohanan Peringkat Akhir, Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL) Musim 14 di sini.

Pada pembentangan Belanjawan 2025 lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi memperkasakan industri e-sukan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD