fb fb fb fb fb

Bagnaia juara GP Malaysia, heret persaingan juara dunia ke pusingan terakhir

Francesco Bagnaia/Foto BERNAMA

SEPANG, 3 November-Francesco Bagnaia dari Ducati Lenovo memenangi perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia yang berlangsung penuh mendebarkan, hari ini sekali gus mengheret persaingan merebut kejuaraan dunia ke pusingan terakhir.

Pelumba dari Itali itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 38 minit 04.563 saat.

Kejayaan Bagnaia itu sekali gus menghalang Jorge Martin daripada dinobatkan sebagai juara dunia lebih awal bagi kelas elit itu.

Sementara itu, tiga pelumba Brad Binder, Jack Miller dan Fabio Quartararo terlibat dan insiden kemalangan seawal pusingan pertama dan perlumbaan terpaksa dimulakan semula.

Ekoran insiden itu hanya pelumba Monster Yamaha, Quartararo kembali memulakan perlumbaan dan berjaya menamatkan aksi di tempat keenam.

Marc Marquez yang terjatuh turut meneruskan perlumbaan namun menamatkan aksi di tempat ke 12

Perlumbaan penutup tirai MotoGP musim 2024 dijadual berlangsung di Barcelona, Sepanyol selepas pusingan yang sepatutnya berlangsung di Valencia, Sepanyol dibatalkan susulan banjir besar yang melanda daerah berkenaan baru-baru ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD