fb fb fb fb fb

Olimpian Wanita Pertama Malaysia, Annie Chong meninggal dunia

Mendiang Annie Choong (Kanan)/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 November-Annie Choong, atlet wanita pertama Malaysia beraksi dalam Sukan Olimpik, meninggal dunia pada usia 90 tahun semalam (Sabtu).

Perkhabaran sedih itu dikongsikan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menerusi satu kenyataan.

KOM menyifatkan Annie sebagai perintis dalam arena olahraga Malaysia apabila mencipta sejarah bertanding di Sukan Olimpik Melbourne 1956.

Mendiang muncul sebagai satu-satunya atlet wanita dalam kontinjen sulung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Malaya bersaing dalam acara 100 meter.

KOM turut berharap keluarga mendiang diberi kekuatan untuk menghadapi waktu sukar ini dan semoga sumbangan beliau terus diingati dalam dunia sukan negara.

Mendiang Annie juga pernah beraksi di Sukan Asia iaitu di Manila pada 1954 dan edisi Tokyo pada 1958.

Beliau juga disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 2017.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD