LANGKAWI, 4 November- Wakil negara mengungguli tiga tempat terbaik dalam kejohanan Regatta Antarabangsa Belt and Road (BRR) 2024 di sini.
Pasukan Amra of Telaga Sail 99 Racing Team, Royal Malaysian Navy dan Cermai of Telaga Sail 99 Racing Team merangkul tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Racing.
Wakil pasukan negara berjaya mengenepikan cabaran dari pasukan Vietnam dan Singapora.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM2,000.
Manakala bagi kategori Monohull pula satu lagi pasukan negara, pasukan Uranus muncul juara menenepikan cabaran pasukan dari Australia (Suraya) dan wakil New Zealand (Lara Pinta).
Uranus dikemudikan Hasani Izhar Abu Hassan cemerlang meraih tiga mata penalti daripada tiga perlumbaan berturut-turut.
Sementara itu pasukan Blue Moon dari China pula mendominasi kelas Multihull menerusi catatan enam mata, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Seadragon Two dan North Star wakil dari Australia.
Perlumbaan sekitar perairan Kuah membabitkan 14 bot dari enam negara iaitu China, Singapora, Vietnam, Australia, New Zealand dan tuan, Malaysia.
Selain itu, empat kategori lain iaitu International 420 (sebutan international four twenty), Optimist, ILCA 6(sebutan illka six) dan ILCA 4 (sebutan illka four) pula bagi pelayar muda (junior sailor) turut dipertandingkan.
Kejohanan pelayaran peringkat antarabangsa itu dihoskan oleh Biro Sukan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan Majlis Perbandaran Beihai, China, manakala Kelab Kapal Layar Diraja Langkawi (RLYC) sebagai penganjur acara itu di sini.
Selepas tamat perlumbaan di Langkawi, kejohanan sama akan berlangsung di Croatia bermula 14 hingga 18 November ini diikuti di Turkiye pada 27 November hingga 1 Disember depan.