fb fb fb fb fb

Rachel Arnold mara ke suku akhir Terbuka China 2025

Foto Persatuan Squash Malaysia

CHINA, 13 November - Pemain skuasy negara, Rachel Arnold, mempamerkan aksi cemerlang apabila mara ke suku akhir Terbuka China 2025 selepas menewaskan pilihan kelima dari Belgium, Nele Gilis, dalam aksi pusingan kedua di Shanghai, hari ini.

Rachel menamatkan perlawanan dengan kemenangan 3-1 (11-6, 11-9, 6-11, 11-6) dalam masa 44 minit, kemenangan pertamanya ke atas Gilis selepas tewas dalam lima pertemuan sebelum ini.

Pemain berusia 28 tahun itu bakal berdepan cabaran besar di suku akhir apabila dijadual menentang pilihan utama dan pemain nombor dua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir.

Rachel masih memburu kemenangan pertama selepas lima pertemuan terdahulu memihak kepada bintang Mesir itu.

Sementara itu, Aifa Azman terpaksa akur selepas tumpas dalam pertarungan sengit lima set kepada pemain Mesir, Salma Hany, dengan keputusan 11-6, 11-8, 3-11, 2-11, 13-11 dalam masa 55 minit.

Adiknya, Aira Azman, turut terkandas apabila tewas kepada pilihan ketiga, Amina Orfi, 11-3, 11-4, 11-6.

Dalam kategori lelaki, pemain utama negara, Ng Eain Yow, gagal melangkah ke suku akhir selepas tewas straight set kepada wakil Mesir, Mohamad Zakaria, 11-5, 13-11, 11-6 dalam masa 64 minit.

AZRUL FAIZAL JUSOH