fb fb fb fb fb

Deaflympics 2025: Temasya Sukan Pekak Dunia sambut ulang tahun ke-100

Foto FB Deaflympics

KUALA LUMPUR, 12 November - Selain Paralimpik, Deaflympics menjadi pentas berprestij bagi komuniti pekak dan kurang pendengaran di seluruh dunia.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-100 penganjuran, dengan Tokyo, Jepun menjadi tuan rumah buat pertama kali sejak 1924 di Paris.

Lebih 100 negara menyertai temasya berkenaan di bawah pengiktirafan International Olympic Committee (IOC) melalui International Committee of Sports for the Deaf (ICSD).

Setiap empat tahun, acara ini dianjurkan secara bergilir antara musim panas dan musim sejuk, menampilkan sukan olahraga, badminton, bola tampar, renang, boling, futsal, Orienteering dan tenis.

Atlet yang menyertai Deaflympics tidak dibenarkan menggunakan alat bantu dengar ketika bertanding. Semua komunikasi diadakan menggunakan bahasa isyarat antarabangsa dan isyarat visual, bukan melalui wisel atau arahan suara.

Dalam acara olahraga, pelari tidak menunggu bunyi pistol permulaan tetapi menanti isyarat cahaya.

Manakala sukan berpasukan menggunakan isyarat tangan yang seragam.

Malaysia menyertai Deaflympics sejak 1993, dengan tumpuan pada boling, olahraga dan badminton.

Atlet negara seperti Azlan Kuste dan Siw Sing Hie menonjol di Sukan SEA Pekak 2025, membuktikan kemampuan atlet pekak Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa.

Deaflympics bukan sekadar mengejar pingat, tetapi simbol semangat juang dan keupayaan komuniti pekak dunia.

AZRUL FAIZAL JUSOH