fb fb fb fb fb

Yusri Che Lah ketua jurulatih sementara Perak FC

(Perak FC untuk tidak lagi menggunakan khidmat Datuk Lim Teong Kim sebagai ketua
jurulatih pasukan tersebut)

IPOH, 25 Mei- Susulan keputusan kelab bola sepak Perak FC untuk tidak lagi menggunakan khidmat Datuk Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira prestasi pasukan dalam saingan Liga Super.

"Tapi sebenarnya bukan pada keputusan sahaja, sebenarnya mereka berkait rapat dengan banyak perkara sebab kita ada juga PFC2, kita ada PFC3.

"Jadi maksud kestabilan dalam kenyataan kami merangkumi semua. Terutama unjuran yang kita buat bersama beliau (Teong Kim) dari awal musim. Kita tengok apa yang dirancang tidak dapat direalisasikan," kata Bobie Farid ketika dihubungi RTM.

Menerusi kenyataan di media sosial, Perak FC mengumumkan Teong Kim tidak lagi bersama pasukan itu bagi saingan Liga Super musim ini.

Jurulatih Perak FC II, Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih sementara.

Bawah bimbingan Teong Kim, Perak FC hanya mencatat dua kemenangan, tiga seri dan tujuh kekalahan menyaksikan skuad The Bos Gaurus berada di kedudukan ke-11 liga.

(Jurulatih Perak FC II, Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas selaku Ketua Jurulatih
Sementara untuk masa terdekat)

Media Baharu