fb fb fb fb fb

Ketidakstabilan politik jejaskan Podium 2022

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 25 Mei - Ketidakstabilan politik negara dalam tempoh empat tahun telah menyebabkan 220 atlet negara tidak dapat meneruskan latihan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata ini memandangkan tiada peruntukan khusus diberikan untuk pelaksanaan program latihan senior di bawah program Podium 2022.

(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh)

"Setiap kali kita ada perubahan seperti ini, ada elaun tertangguh, gaji jurulatih juga tertangguh kerana bajet ini tidak ada.

"Ini memberi kesan kepada latihan mereka kerana ada yang perlu ke luar negara dan saya ada berbincang dengan atlet dan persatuan, betul mereka ada menyatakan dalam empat tahun ini sementara kita sibuk berpolitik dan negara-neara jiran kita telah maju ke hadapan," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tambah Hannah, situasi itu telah menyebabkan MSN terpaksa menyusun semula program persediaan atlet ke arah temasya sukan utama bagi 2022 antaranya Sukan SEA Vietnam, Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia di Hangzhou, China.

MSN juga katanya terpaksa mengagih dan menggunakan peruntukan dalaman bagi memastikan elaun latihan atlet serta gaji jurulatih diteruskan tanpa penangguhan agar tidak menjejaskan prestasi atlet yang sedang dalam latihan.

Media Baharu