fb fb fb fb fb

Atlet pelapis bukan punca negara gagal raih sasaran pingat - Hannah

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 25 Mei - Kegagalan meraih sasaran pingat pada Sukan SEA Kemboja 2023 yang lalu bukanlah disebabkan atlet pelapis.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan ia disebabkan keputusan Kemboja untuk tidak mempertandingkan beberapa acara harapan pingat emas kepada negara selain penyenaraian atlet import dan mengubah beberapa peraturan yang telah ditetapkan.

(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh)

"Semalam saya telah menjalankan 'post mortem' bersama atlet yang telah terlepas pingat emas untuk mendengar dari atlet bukan sahaja jurulatih, cabaran yang mereka hadapi.

"Saya percaya dengan sifat terbuka ini semua cadangan ini kita akan laksanakan untuk memastikan Malaysia mempunyai peluang lebih cerah dalam temasya sukan SEA di Thailand nanti," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Tuan Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat.

Tambah Hannah, beberapa strategi telah dirangka kementerian termasuk pelan jangka pendek dan jangka panjang termasuk menyediakan infrastruktur serta fasiliti latihan kepada acara sukan berpotensi.

Turut di optimum, geran padanan bagi membolehkan atlet menyertai beberapa pertandingan bagi memperbaiki prestasi mereka.

Media Baharu