WINSTON-SALEM, 20 Ogos - Pemain muda China, Yunchaokete Bu, mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan utama, Stefanos Tsitsipas, pada pusingan kedua Terbuka Winston-Salem, pada Selasa.
Bu, 23, yang kini berada pada kedudukan ke-76 dunia, menampilkan aksi tenang untuk meraih kemenangan straight set 6-3, 6-2. Walaupun hanya menghasilkan sembilan pukulan kemenangan berbanding 25 daripada lawannya dari Greece itu, Bu berjaya memanfaatkan 33 kesilapan tidak dipaksa Tsitsipas. Sebaliknya, beliau hanya melakukan 11 kesilapan.
Kemenangan itu melayakkan Bu bertemu wakil Argentina, Mariano Navone, yang terdahulu mengetepikan pilihan ke-16, Marcos Giron, 6-2, 6-2.
Dalam satu lagi aksi, pilihan kedua dari Belanda, Tallon Griekspoor, turut tersingkir selepas tewas 3-6, 6-4, 3-6 di tangan Marton Fucsovics dari Hungary. - REUTERS