fb fb fb fb fb

SIC nafi dakwaan kembali anjur F1, tumpu sambung kontrak MotoGP

Foto Hiasan

SEPANG, 20 Ogos - PETRONAS Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjelaskan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya baru-baru ini hanya merujuk kepada sambungan kontrak MotoGP Malaysia selepas 2026, dan bukannya mengenai kemungkinan penganjuran semula Formula 1.

Menurut SIC dalam satu kenyataan rasmi, penganjuran Formula 1 adalah rumit serta membabitkan kos yang tinggi, justeru keutamaan ketika ini adalah memastikan kesinambungan MotoGP yang lebih praktikal dari segi penganjuran.

Ketika ini, kontrak MotoGP Malaysia akan berakhir pada 2026. SIC komited bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, Dorna serta pihak berkepentingan bagi memastikan kejohanan berprestij itu terus dianjurkan di negara ini.

SIC juga memberi jaminan untuk menyediakan data serta kajian impak ekonomi, pelancongan dan pembangunan kepada kerajaan sebagai sebahagian usaha mengekalkan MotoGP di Malaysia demi manfaat peminat, rakan strategik dan negara.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE