fb fb fb fb fb

Yamal bukti potensi sebenar bertemu Portugal

Pasukan Sepanyol ketika meraikan kejayaan menjaringkan gol / AFP

STUTTGART, 6 Jun- Perlawanan akhir Liga Negara EUFA antara Sepanyol dengan Portugal pada awal pagi Isnin bakal memberi peluang kepada Lamine Yamal membuktikan kemampuan sebenar.

Pemain sayap La Roja berusia 17 tahun itu berkata aksi berdepan jiran serantau A Selecao juga amat penting buatnya.

"Ia adalah perlawanan istimewa, perlawanan akhir menentang pasukan yang hebat memberikan kami motivasi tambahan.

"Ini apa yang saya mahukan, untuk membuktikan kemampuan saya.

"Kami bermain dalam perlawanan akhir EURO dan ia berjalan dengan baik. Jadi diharap ia berlaku dengan cara yang sama. Ia merupakan salah satu sumber motivasi untuk memenangi satu lagi trofi bersama pasukan kebangsaan dan kami akan mendapatkannya," kata Yamal kepada pemberita.

Perlawanan di Munich nanti bakal menyaksikan Yamal berdepan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.

"Dia adalah seorang legenda. Saya sangat menghormatinya. Saya akan melakukan tugas saya untuk dapatkan kemenangan, itu saja," katanya.

Sementara itu, jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente berkata peminat akan menyaksikan dua pertembungan hebat nanti dan menggambarkannya sebagai perlawanan akhir Piala Dunia.

Terdahulu, Sepanyol mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala negara EUFA selepas menewaskan Perancis, 5-4, dengan Yamal meledak dua gol buat pasukannya.

Portugal pula mara selepas menang tipis 2-1 ke atas Jerman dalam perlawanan separuh akhir, semalam. -AFP

MOHAMAD KHAIRIE KHALID