fb fb fb fb fb

Terbuka Indonesia: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke separuh akhir

Foto BAM

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025, hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu bangkit daripada ketinggalan di set pertama untuk menyingkirkan pilihan kelima dari Denmark, Jesper Toft-Amalie Magelund, 17-21, 21-16, 21-14.

Perlawanan peringkat suku akhir antara kedua-dua pasangan itu di gelanggang 1 Istora Senayan berlangsung selama 54 minit.

Dalam pusingan separuh akhir nanti, Tang Jie-Ee Wei bakal membuat perhitungan menentang gandingan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Terdahulu, beregu pilihan keenam kejohanan itu mara selepas menundukkan jalan keluar kepada beregu negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie 21-16, 21-12.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID