fb fb fb fb fb

WUG 2025: Kem renang lebur rekod kebangsaan

Foto hiasan/Foto BERNAMA

ESSEN, 23 Julai - Kuartet renang lelaki negara menampilkan aksi terbaik untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam final 4x200 meter (m) gaya bebas Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Schwimm- und Sprunghalle im Europasportpark, Berlin, di sini.

Kuartet yang dibarisi Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun Singh Chahal, Lim Yin Chuen dan Tan Khai Xin mencipta masa 7 minit 19.66 saat (s) ketika menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

Catatan dilakukan mereka memadam rekod lama 7:19.75s yang dilakukan Welson Sim, Yin Chuen, Arvin dan Hoe Yean pada Sukan SEA Hanoi 2022.

Amerika Syarikat merangkul emas selepas memecahkan rekod temasya dengan catatan 7:04.51s, perak menjadi milik Atlet Neutral Individu (7:08.33s) dan Jepun membawa pulang gangsa (7:09.47s).

Kem renang menjadi sukan yang menyumbang pingat tunggal kontinjen negara setakat ini menerusi Hoe Yean dalam acara 400m gaya bebas. - BERNAMA

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD