BERLIN, 11 September - Wolfsburg mengumumkan perpindahan rasmi pemain tengah Denmark, Christian Eriksen, yang menandatangani kontrak bersama kelab Bundesliga itu sehingga 2027.
Pemain berusia 33 tahun itu menyertai Wolfsburg selepas kontraknya bersama Manchester United tamat pada penghujung musim lalu.
Eriksen, yang kini memegang rekod pemain paling banyak mewakili skuad kebangsaan Denmark, sebelum ini pernah beraksi bersama Ajax, Tottenham Hotspur, Inter Milan serta Brentford.
Dia kini bermain dengan bantuan alat implantable cardioverter-defibrillator (ICD), yang dipasang selepas insiden rebah di padang ketika mewakili Denmark pada aksi pembukaan Euro 2020 menentang Finland di Copenhagen, Jun 2021.-REUTERS
