BERLIN, 22 Jun- Pemain muda China, Wang Xinyu mencipta kejutan apabila mara ke final pertama dalam karier profesionalnya selepas menundukkan wakil Rusia, Liudmila Samsonova 6-4, 6-1 dalam masa sejam 15 minit di separuh akhir Berlin Open, hari ini.
Wang, pemain aksi kelayakan yang kini menghuni ranking ke-49 dunia, beraksi cemerlang sepanjang kejohanan dan mencuri tumpuan minggu ini di ibu negara Jerman apabila turut menyingkirkan pilihan kedua, Coco Gauff dalam pusingan 16 terbaik.
Beliau kini bakal berdepan cabaran juara Wimbledon 2023, Marketa Vondrousova di pentas akhir.
Terdahulu, Vondrousova memastikan slot ke perlawanan akhir pertamanya sejak menjulang kejuaraan Grand Slam tahun lalu selepas menundukkan pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka dengan keputusan straight set 6-2, 6-4.-REUTERS