fb fb fb fb fb

Penganjuran acara sukan pelan jangka panjang lahir atlet berkualiti

Foto RTM

PETALING JAYA, 22 Jun - Penganjuran acara sukan di peringkat domestik merupakan strategi dan pelan jangka panjang untuk melahirkan barisan atlet berkualiti.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku merangkap Penyelaras Kesatuan Ragbi Selangor, Lim Yi Wei berkata pihaknya berbangga dapat melahirkan bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan termasuk mewakili negara.

“Kami ada 15 pasukan keseluruhan lima dalam divisyen wanita, dan kami cukup bangga kerana ramai pemain dari Selangor turut mewakili skuad kebangsaan. Kita mahu streamline talent pipeline dari sekolah, kelab dan NRDP, supaya pembangunan ini menyeluruh,” katanya.

Beliau turut berkongsi keterujaan terhadap inisiatif penubuhan South East Asia Rugby Federation (SEARF) Women’s 15s Championship 2026, yang menurutnya mampu menjadi platform penting ke arah menjadikan sukan ragbi wanita sebagai salah satu sukan teras serantau.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN