fb fb fb fb fb

Vieira dinamakan jurulatih baharu Strasbourg

(FOTO AFP)

PARIS, 3 Julai-Bekas ketua pasukan Perancis, Patrick Vieira dilantik sebagai jurulatih baharu kelab liga Perancis, Strasbourg dengan kontrak selama tiga tahun menurut pemilik kelab, Todd Boehly.

Vieira 47 menggantikan Frederic Antonetti yang dipecat minggu lalu, susulan prestasi hambar kelab berkenaan yang menduduki tangga ke-15 liga Perancis, dan lima mata di atas zon penyingkiran.

Presiden Strasbourg yang juga bekas pemain tengah Perancis, Marc Keller dalam satu kenyataan di laman sesawang kelab itu mengalu-alukan kehadiran Vieira yang berpengalaman dan mampu memberi motivasi kepada pemain-pemain muda.

"Saya mengalu-alukan kehadiran Vieira ke Strasbourg.

"Pengetahuan luasnya berkaitan Liga Perancis akan memberi kelebihan bagi memotivasikan pemain-pemain muda", kata Keller.

Sementara itu Vieira berkata dia sangat teruja dengan pelantikan tersebut

"Saya mengetahui sejarah dan identiti kelab yang sememangnya mempunyai keterujaan tentang bola sepak.

"Sebagai jurulatih, saya sangat teruja membangunkan kembali pasukan ini dengan kekuatan yang ada", katanya.

Sebelum ini, Vieira pernah menjadi ketua jurulatih di beberapa kelab seperti New York City FC, Nice dan Crystal Palace.

Vieira telah bermain sebanyak 107 kali buat Perancis dan mengetuai skuad berkenaan sebanyak 21 kali dan memenangi pelbagai gelaran seperti Piala Dunia 1998 dan Kejohanan Eropah pada 2000.

Dia turut bermain di AC Milan, Arsenal, Juventus Inter Milan sebelum mengakhiri karier di Manchester City sebelum memulakan kerjaya sebagai jurulatih.-AFP


(Jurulatih baharu Strasbourg, Patrick Viera/ FOTO AFP)

Media Baharu