fb fb fb fb fb

Victor Andrag kendali Kedah FA harungi Liga A1

Victor Andrag diumum sebagai ketua jurulatih Kedah FA

ALOR SETAR, 18 Jun - Pasukan Kedah FA mengumumkan Victor Andrag sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Semi Pro A1 musim 2025-2026.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), hari ini.

1804 SKN COACH KEDAH FA 2
KFA dalam satu hantan di laman Facebook mengumumkan pelantikan ketua jurulatih bagi pasukan Kedah FA - FB KFA

"Kedah FA dengan ini mengumumkan Victor Andrag sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2025-2026 untuk Pertandingan Liga A1 Semi-Pro. Pulun Kedah Pulun!," menurut hantaran itu.

Victor, 49, sebelum ini menggalas tugas sebagai ketua jurulatih sementara pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Sementara itu, KFA dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan mengenai penyertaan dalam saingan Liga Semi Pro A1 musim 2025-2026 dengan menggunapakai nama Kedah FA.

1804 SKN COACH KEDAH FA 1
Kenyataan media KFA mengenai penyertaan Liga Semi Pro A1

Menurut kenyataan itu, penyertaan ini adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang KFA dalam memperkukuh ekosistem pembangunan bola sepak negeri yang telah lama dibangunkan, selain harapan daripada peminat setia pasukan.

KFA juga yakin melalui penyertaan ini mampu menarik minat penaja, pelabur dan rakan strategik yang bakal menyumbang ke arah kejayaan pasukan bola sepak negeri.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK