fb fb fb fb fb

Dania, Zi Yu galas cabaran negara di Indonesia

Senarai pemain negara yang akan ke Kejohanan BAJC di Solo, Indonesia - FB BAM

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Beregu finalis Kejohanan Remaja Dunia 2024, Dania Sofea Zaidi dan Low Zi Yu, mengetuai senarai pemain yang dipilih menyarung jersi skuad wanita negara ke Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) di Solo, Indonesia dari 18 hingga 27 Julai ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pasangan juara baharu Terbuka Slovakia itu akan digandingkan bersama Noraqilah Maisarah Ramdan dan Nur Aina Maisarah Hatta yang muncul naib juara kejohanan sama.

1806 SKN BADMINTON REMAJA ASIA TOUR 2Kejohanan BAJC akan berlangsung 18 hingga 27 Julai ini - FB BAM

“Turut mengisi senarai pemain wanita ialah Lee Mun, Oo Shan Zi, Eng Ler Qi, Lim Zhi Shin, Nicole Tan dan Nicole Chau,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kategori lelaki menyaksikan Razeeq Danial Roslie kembali mengetuai barisan pemain yang turut dibarisi Ayu Fu Sheng, Kong Wei Xiang, Lim Boon Le, Datu Anif Datu Asrah, Loh Zi Heng, Zulwaqqarizal Ahmad, Damien Ling, Shazmir Shahrul dan Tan Zhi Yang.

Pada edisi tahun lepas yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia, skuad negara membawa pulang satu pingat perak dan tiga gangsa. - BERNAMA

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK