fb fb fb fb fb

Verstappen 'terbang' di GP Belgium

SPA-FRANCORCHAMPS, 29 Ogos- Juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen mengalahkan pesaingnya dengan persembahan yang mengagumkan di Grand Prix Belgium pada hari Ahad untuk mengorak langkah penting ke arah kejuaraan pemandu kedua berturut-turut ketika Red Bull meraikan kemenangan 1-2 dengan Sergio Perez.

Pemain Belanda berusia 24 tahun itu bermula dari petak ke-14, mengharungi litar dengan amat baik sekali gus membuktikan kemampuan jentera Red Bull miliknya.

“Ia adalah hujung minggu yang tidak dapat saya bayangkan sebelum ini,” kata Verstappen yang mendahului 93 mata daripada Perez dalam kedudukan pemandu.

Rakan sepasukan turut terkejut dengan persembahan yang dipamerkan Verstappen dalam perlumbaan tersebut.

"Max sedang terbang. Dia umpama berada di planet lain. Dia tidak boleh disentuh," kata Perez.

Verstappen kini telah memenangi sembilan daripada 14 perlumbaan musim ini dan ia adalah kemenangan ke-29 dalam kariernya dan hatrik pada musim panas di Eropah.

Di hadapan lautan penonton yang memenuhi litar Spa-Francorchamps, termasuk peminat dari Belanda, Verstappen pulang 17.841 saat lebih pantas berbanding pemandu lain ketika pemandu petak depan, Carlos Sainz ketiga bersama jentera Ferrari.

Charles Leclerc, pencabar terdekat Verstappen, bergelut bersama sebuah lagi Ferrari selepas bermula di tempat ke-15.

Dia diberikan penalti lima saat kerana memandu laju di laluan pit dan bersaing melepasi pemandu Alpine, Fernando Alonso pada pusingan terakhir untuk merampas tempat keenam di belakang Mercedes, George Russell dan Fernando Alonso.

Lewis Hamilton bersara pada pusingan pembukaan selepas Mercedesnya berlanggar dengan kereta Alonso.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu