fb fb fb fb fb

Bermain demi lencana di dada, bukan kerana imbuhan - EXCO

JOHOR BAHRU, 29 Ogos- Imbuhan kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan dibincangkan sekiranya pasukan itu menang perlawanan akhir Piala FA 2022, 10 September depan.

Perbincangan akan dibuat Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah bersama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mohd Hairi yakin, JDT bakal mengharumkan nama negeri, berdasarkan rekod kemenangan sebelum ini.

"Saya percaya dan saya yakin bahawa semangat bangsa Johor yang diterapkan dalam apa sahaja sukan bukan hanya untuk menunggu imbuhan daripada kerajaan negeri tetapi semangat demi lencana di dada," kata Mohd Hairi kepada pemberita RTM selepas merasmikan Program Ambang Kemerdekaan Peringkat Kolej Kemahiran Johor, di sini.


(Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah
berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Ambang Kemerdekaan Peringkat Kolej Kemahiran Johor)

Beliau turut mengulas lanjut berhubung keputusan bagi cuti umum Johor, bahawa sebarang keputusan dan pengumuman akan dibuat oleh Menteri Besar sendiri.

Hairi yang juga ADUN Larkin turut mengingatkan penyokong-penyokong JDT untuk setia bersama pasukan itu memberi sokongan, tidak kira menang atau kalah dalam perlawanan tersebut.

Media Baharu