fb fb fb fb fb

Menang kejuaraan dunia di Tokyo, beri lonjakan baharu kepada sukan badminton

(FOTO FAIL)

GENTING HIGHLAND, 29 Ogos - Kejayaan pasangan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di kejohanan badminton dunia di Tokyo memberi lonjakan baharu kepada arena sukan badminton tanah air.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata kejayaan tersebut hadir melalui sokongan tidak berbelah bahagi daripada Keluarga Malaysia.

(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker)

"Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana telah menang emas juara dunia untuk julung kalinya.

"Ini adalah satu lagi batu loncatan sukan badminton di negara kita. Sememangnya ini menunjukkan bahawa Malaysia boleh asalkan kita bekerja dengan semangat dan sikap disiplin yang betul, kita dapat berjaya," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan padang rumput tiruan baharu yang diiktiraf sebagai tertinggi di Asia oleh Malaysia Book Of Records, di sini.

Semalam, pasangan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menampilkan permainan hebat bagi menempa kemenangan ke atas bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan kemenagan straight set 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.

Media Baharu