fb fb fb fb fb

Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir

Aaron-Wooi Yik meneruskan kemaraan di Terbuka China 2025 - Foto BAM

CHANGZHOU, 25 Julai – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan di Terbuka China apabila menempah slot ke separuh akhir selepas menundukkan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, hari ini.

Pasangan ranking kedua dunia itu tidak berdepan masalah untuk mengawal keseluruhan permainan sebelum mencatat kemenangan 21-16, 21-16 dalam pertemuan suku akhir di sini hari ini.

2507 SKN AARON WOI YIK MARA SEMI 3Wei Chong-Kai Wun tumpas dalam aksi suku akhir kepada Aaron-Wooi Yik - Foto BAM

Kemenangan itu juga merupakan kejayaan keempat beregu lelaki berkenaan dalam tujuh pertemuan menentang Wei Chong-Kai Wun sepanjang karier.

Sebelum ini, Wei Chong-Kai Wun berjaya menewaskan Aaron-Wooi Yik di pentas final Malaysia Masters pada Mei lalu.

Namun pasangan lebih senior itu bangkit membalas di suku akhir Terbuka Singapura dan kini sekali lagi membuktikan kelebihan mereka.

2507 SKN AARON WOI YIK MARA SEMI 2 Yew Sin-Ee Yi terkandas selepas tewas kepada beregu India - Foto BAM

Aaron-Wooi Yik akan berdepan juara Sukan Asia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi separuh akhir esok.

Terdahulu beregu India itu menumpaskan satu lagi gandingan Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dengan keputusan 21-18, 21-14 dalam tempoh 40 minit.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK