fb fb fb fb fb

Stadium Nasional Bukit Jalil venue aksi persahabatan menentang Singapura, Palestin

Stadium Nasional Bukit Jalil/ Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 26 Julai - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi gelanggang untuk dua aksi persahabatan antarabangsa Harimau Malaya awal September ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata skuad bimbingan Peter Cklamovski akan turun menentang Singapura pada 4 September sebelum berdepan Palestin pada 8 September.

“Setakat ini memang dua perlawanan ini sahaja yang kita sahkan. Lokasi pun sudah diputuskan di Bukit Jalil, dan skuad akan berlatih di Stadium Kuala Lumpur,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FAM dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), di sini hari ini.

Dua aksi ini dijangka menjadi medan penting buat pasukan kebangsaan menguji kombinasi pasukan sebelum saingan kelayakan Piala Asia 2027 bersambung hujung tahun nanti.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN