UMAG, 27 Julai - Pilihan kedua kejohanan Terbuka Croatia, Luciano Darderi rangkul juara selepas berjaya menundukkan Carlos Taberner, 6-3 6-3.
Darderi meraih kemenangan selesa namun mengalami kecederaan pergelangan kaki apabila terjatuh ketika meraikan kemenangannya.
Beliau dibantu Taberner ke tempat duduknya.
Pemain Itali berusia 23 tahun tersebut turut menjulang trofi minggu lalu di Bastad, menyertai Carlos Alcaraz dan Alexander Bublik, satu-satunya pemain yang memenangi tiga kejuaraan peringkat jelajah tahun ini.-REUTERS