fb fb fb fb fb

Christopher Raj dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang

Foto ShekhinahPR

KUALA LUMPUR, 26 Julai - Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Christopher Raj hari ini dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Istiadat Hari Keputeraan ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Penganugerahan itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang media, komunikasi, pengurusan acara dan pentadbiran sukan.

Di bawah kepimpinannya, ShekhinahPR berjaya meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan antarabangsa hingga mengangkat nama Malaysia di peringkat global.

Christopher juga aktif di pentas bola sepak dunia apabila dilantik sebagai Konsultan Media FIFA dan AFC.

Beliau pernah bertugas di Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia dan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar termasuk mengendalikan operasi media sehingga ke perlawanan akhir.

Selain itu, beliau terlibat dalam Piala Dunia B‑17 di India 2017 dan Indonesia 2023, Piala Asia 2015, 2019 dan 2023, Piala Emas Concacaf 2019, serta beberapa edisi Liga Juara‑Juara AFC.

Sejak 2019, beliau turut menjadi Ahli Jawatankuasa Media AFC hingga Jun 2025.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN