fb fb fb fb fb

Penyertaan Faizal ke Liga Premier Belanda beri motivasi kepada pemain lain

(Ismail Abu ditemu bual Berita RTM selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Tujuh
Sebelah pada Karnival Hoki Terbuka anjuran Persatuan Hoki Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos - Penyertaan penyerang kebangsaan yang juga pemain Kelab Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari ke Kelab Hoki ZSV Schaerweijde di Liga Premier Belanda, memberi peluang kepada pemain tempatan lain untuk turut sama beraksi di luar negara.

Pemain senior yang juga penyerang THT, Ismail Abu menyifatkan ia memberi motivasi kepada pemain THT lain untuk beraksi di luar negara, sama seperti dilakukan penyerang berasal dari Kota Bharu itu dengan memberi pendedahan kepada mereka untuk beraksi pada liga berkualti tinggi.

"Bila dia pergi, untuk pemain-pemain kita yang belakang ini, sebab kita ada satu pemain yang bagus pergi main, yang bagi komitmen yang bagus dan orang akan nilai, orang akan tengok Malaysia ada lagi pemain yang bagus untuk ganti dia selepas ini," kata beliau ketika ditemui Berita RTM selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Tujuh Sebelah pada Karnival Hoki Terbuka anjuran Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL) sempena ulang tahun ke-50 Bandaraya Kuala Lumpur, di sini.


(Penyertaan Faizal Saari ke Kelab Hoki ZSV Schaerweijde beri motivasi kepada pemain hoki lain)

Penyertaan THT kejohanan terbuka ini adalah sebagai pemanas badan, selain sebahagian daripada pemain dipanggil menyertai skuad kebangsaan serta SUKMA 2022.

Pada kejohanan itu, THT dinobatkan juara terbuka lelaki sekali gus membawa pulang RM3,000 setelah menumpaskan DBKL Hockey Team, 2-0 dengan hadiah kemenangan disampaikan oleh Presiden PHKL, I. Vikneswaran.

Media Baharu