SEREMBAN, 27 Julai - Negeri Sembilan FC mengumumkan kehadiran pemain import baharu dari Equatorial Guinea, Luis Enrique Nsue yang dijangka memperkukuh barisan pertahanan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia akan datang.
NSFC menerusi hantaran Facebook Negeri Sembilan Football Club pada Sabtu berkata, keupayaan dan pengalaman beliau diyakini mampu memperkukuh benteng pertahanan pasukan bersama gandingan pemain tempatan seperti Khuzaimi Piee, Zainal Abidin, Hariz Kamaruddin dan Noor Adha.
Penyertaan Enrique merupakan antara langkah strategik pasukan tersebut dalam meningkatkan kekuatan pasukan untuk menghadapi musim baharu yang lebih kompetitif.
Pemain berusia 27 tahun yang berketinggian 187 sentimeter itu telah membuat sembilan penampilan bersama pasukan kebangsaan Equatorial Guinea.
Enrique menyertai skuad kendalian NSFC selepas beraksi bersama kelab COD Meknes dalam saingan liga utama Maghribi, Botola Pro.