fb fb fb fb fb

Venue final Pestabola Merdeka akan ditentukan FAM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Keputusan sama ada venue perlawanan akhir Pestabola Merdeka kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) atau sebaliknya hanya akan diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kata Hannah Yeoh.

Menteri Belia dan Sukan (KBS) berkata pihak berkaitan akan melakukan perbincangan untuk memilih venue bersesuaian bagi memastikan perlawanan terbabit dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah.

"Saya melihat keputusan sama ada nak bermain atau tidak di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa ini.

"Keputusan akan dibuat oleh team Harimau Malaya, coach dan FAM sendiri, dan tidak menghalang jika pasukan Harimau Malaya merasakan itu adalah keputusan terbaik.

"Kita tunggu kenyataan rasmi daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)," katanya.


(Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan padang Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis)

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan Stadium Sultan Ibrahim kepada Persatuan Bolasepak Malaysia untuk digunakan bagi aksi Harimau Malaya.

Rumput di gelanggang keramat Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian semasa perlawanan Malaysia menewaskan India 4-2 pada aksi pertama kejohanan tersebut.

Pada Khamis,TMJ, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), merasmikan padang baharu itu dengan proses penukaran rumput ditaja oleh beliau.

Pasukan Harimau Malaya akan bertemu Tajikistan pada Selasa ini.

Media Baharu