fb fb fb fb fb

Peluang Harimau Malaya lunas dendam ke atas Tajikistan

(Pasukan Harimau Malaya/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon akui aksi final menentang Tajikistan pada Selasa depan adalah peluang terbaik untuk ‘melunaskan dendam’ kekalahan kepada pasukan di ranking ke-110 dunia itu.

Malaysia melangkah ke saingan akhir kejohanan selepas melakar kemenangan 4-2 menewaskan India di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jelas Pan Gon, kekalahan kepada Tajikistan pada aksi final Piala Raja Thailand tahun lepas perlu menjadi pengajaran kepada pasukan kebangsaan untuk bangkit meraih kecemerlangan.

Sementara itu, pemain sensasi negara, Faisal Halim berharap semua rakan sepasukan dapat kekal fokus untuk aksi final tersebut.

"Pada saya perlawanan akhir nanti menentang Tajikistan bukan satu perlawanan untuk balas dendam, kita bermain di tempat sendiri pastinya kita mahu menang.

"Jadi saya juga berharap pada perlawanan akhir nanti kesemua pemain berada dalam tahap terbaik dan semuanya berjalan lancar mengikut taktikal ketua jurulatih," katanya.


(Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon/FOTO BERNAMA)

Media Baharu